Saturday, November 14, 2009

Kenapa anda gagal?

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar saya yang berjaya menamatkan Program Asasi Undang-undang baru-baru ini, terutamanya yang mencapai HPNG 3.00 ke atas. Walau bagaimanapun ramai juga yang harus mengulang beberapa kursus seperti MTC087 dan MTC099. Ada juga yang gagal mendapatkan HPNG yang disyaratkan oleh fakulti. Tentulah ini mengecewakan. Saya menerima banyak panggilan berkaitan perkara ini. Apalah yang boleh saya katakan. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".
Kursus MTC087, Introduction to law III mencatatkan kegagalan lebih kurang 25%, iaitu 30 orang pelajar. Perangkaan ini bukan sahaja di Kampus Kuantan malah yang lebih kurang sama dicatatkan di Kampus Sg Petani. Saya tidak boleh membuat ulasan untuk kampus lain tetapi bagi pelajar-pelajar saya, jelas keputusan ini tidak memberangsangkan. Kenapa anda gagal?
Haruskah saya bertanggungjawab atas peratusan yang agak tinggi ini? Mungkin saya tidak dapat memudahkan kandungan pembelajaran kepada pelajar. Ada pelajar yang terang-terangan menuduh saya tidak adil dalam memberi markah, saya kedekut, saya sombong dan banyak lagi. Saya akur. Saya harus muhasabah. Tetapi menurut rekod saya kebanyakan pelajar yang gagal, merupakan pelajar-pelajar yang kurang gigih. Kenapa saya kata begitu? Kerana pelajar-pelajar ini kebanyakannya memang gagal pada tiap-tiap semester, atau HPNG yang dicatatkan kurang dari 3.00 pada tiap-tiap semester dan keputusan bagi kursus-kursus lain juga tidaklah begitu baik. Saya sering mengatakan universiti bukan medan mengukur seseorang bijak atau tidak, kerana universiti memang arena untuk bijak pandai, tetapi universiti menguji ketekunan dan kegigihan seseorang. Jika anda tekun dan gigih pasti anda akan berjaya. Anda sendiri yang mencorakkan kehidupan. Setelah puas berusaha sandarkanlah harapan dengan doa kepadaNya. Tidak kurang juga yang sering mengatakan "nasib saya kurang baik puan, topik yang saya spot tak keluar". Saya memang tidak mampu menerima alasan sebegitu. Kenapa? Sebab saya tidak pernah menggalakkan sesiapa pun untuk menjangka soalan apa yang akan disoal semasa peperiksaan.
Saya memang seorang yang tegas, tetapi saya tidak akan menganiaya sesiapa. Saya berpegang pada etika yang telah diterapkan kepada saya sejak saya memulakan karier ini 12 tahun yang lalu. Saya memberi markah mengikut apa yang anda berikan, markah yang seadil-adilnya. Bagi saya kejayaan hanya bagi orang yang sanggup berkorban. Saya pernah melalui zaman yang anda semua sedang lalui ini, dan atas dasar pengalaman itu, saya berani mengatakan orang yang gagal adalah orang yang kurang bersedia untuk mengorbankan keselesaannya. Semoga berjaya.

11 comments:

  1. setuju ngan mdm wpun sedikit sebyk macam menepelak diri sendiri hehe...
    kalau 75% student boleh lulus, kenapa ade jgak yg terbabas... soalan sama, mdm ajar of course la sama.. so org lain boleh berjaya "kenapa anda gagal?"
    tiada org lain yg 'liable' kalau dah diri sendri x usaha, malas(terasa pulak)...
    kejayaan dan kegagalan seseorang itu tidak terletak pada orang lain.. kenapa kalau berjaya mesti sebab diri sendiri, bila gagal orang lain yang kena....
    ini tidak adil!!!
    madam tanda paper ikut skema jwpn, xde kena mengena dgn kedekut dan tidak adil.. so pikir2 la sendiri... wassalam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Fatin, saya hilang kata-kata apabila ada yang menyalahkan saya.

    ReplyDelete
  3. "Saya sering mengatakan universiti bukan medan mengukur seseorang bijak atau tidak, kerana universiti memang arena untuk bijak pandai, tetapi universiti menguji ketekunan dan kegigihan seseorang. Jika anda tekun dan gigih pasti anda akan berjaya. Anda sendiri yang mencorakkan kehidupan"

    saya sgt suka ayat mdm.
    siapa y berusaha dia y berjaya =)

    ReplyDelete
  4. Salam Farah..
    Akak pun berpendapat, apa2 yang terjadi ke atas diri kita, masa depan kita segalanya adalah dari perancangan dan kebijaksanaan kita, tawakal adalah yang terakhir setelah kita berusaha dan Allah swt. penentu segala..Apapun, harap Farah sentiasa menjadi Mdm yang disayangi hendaknya atas ilmu yang dicurahkan dan sentiasa boleh menerima pandangan dari sesiapapun, biarpun dari pelajar sendiri di mana yang bersesuaian..

    (*nnt akak suh Najiha baca entry Mdm Farah nih..hehehee)

    ReplyDelete
  5. Alahai, terima kasih kepada Hidayah dan Kak Ummi, semoga anak-anak bangsa semua sedar tentang pentingnya gigih berusaha.

    ReplyDelete
  6. mdm, jgn sedih bila orang salahkan mdm. mdm igt kami, student2 mdm yg menghargai jasa mdm. walaupun saya x berjaya sehebat orang lain, tapi saya tahu apa yang saya dapat bergantung pada usaha saya sendiri. malahan saya tahu saya mampu jadi lebih baik setaraf orang lain. walau berpuluh lecturer yang mengajar saya kat sini, saya tetap rindu madam. (huhu sedih pulak)...

    siapa salahkan mdm, mdm salahkan dia balik.... hehehe.. wassalam

    ReplyDelete
  7. hai madam :)
    ni adibah stdnt kelas law B
    saya mmg agak tertarik dgn article mdm ni.
    yup, 1st of all, mmg saya tersangat kecewa la sebab tak dpt pg ke bls. To be a lawyer is my dreams but I need to accept that I still cannot go for bls.
    I had tried my best, tp hmm tak boleh jgk. saya tak salah kan mdm bila result sy tersangat teruk. Saya dah cuba buatkan yg terbaik tp still cannot achieve it. mybe saya careless time jwb soalan tu.
    tapi, walau mcm mana pon, jasa mdm tetap saya kenang. walaupon saya tak dpt cntinue to bls, tp i still can remember what you had thought.

    ohh hari tu saya ada guna certain contract law yg mdm ajar. sampai gaduh gaduh ngn salesgirl tu. hehehe
    It is not my fault sebab dia yg scan harga yg lain dr ape yg saya tgk. kiranye ITT laa. sy trus je sound sebab tak puas hati sebab mdm ckp kita kene berani bersuara for our rights kan :))

    so, saya akan ke fakulti lain but i still remember you mdm. halal kan laa segala ilmu yg mdm bg kt saya k. insyaallah saya akan guna sebaik mungkin.

    lastly, doakan la agar saya berjaya dlm kos yg akan saya ceburi nnti. rinduu nak msk kelas mdm :)
    love mdm fara^^

    ReplyDelete
  8. salam madam.. nie chubby..
    daa lamaaaa tak conttttaccctt madam..
    jangan kata saya sombong ek madam..
    heh..rindu madam..tanak jemput pg umah ke madam?? btw,sem 2 neh semua students jatuh pointer..budak kuantan tinggal sorang je dekan..saper lagik kalo bukan Ajeerah,,

    ReplyDelete
  9. comelnya blog mdm.. mcm buku teks kajian tempatan :P :P. tertib ayatnya. :D salam madam.

    terima kasih kerana menjaga dan mendidik saya di kuantan. saya berharap saya dpt jumpa sendiri mdm utk ckp ni. tp, buat masa ini, saya harap memadai la kot.insyallah kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
  10. madam sy pon nk ucap terima kasih. if its not because of u who make it tougher for us, i dont think i can survive in BLS shah Alam. It is much tougher over here. U taught us well. Thank you for doing it so, or else i will not learn. I hope i can visit u later in da future. take care madam. =)

    ReplyDelete