Saturday, November 14, 2009

Jauh berjalan luas pandangan


Saya menemani suami ke Bangkok baru-baru ini, dia bekerja, saya bercutilah...
Gambar di atas ialah hotel penginapan kami, Millenium Hilton, Bangkok.

Bangunan ini kelihatan cantik di waktu malam. Gambar dirakam dari atas bot semasa menyeberangi Sg Menam Chao Phraya.


"Tuk-tuk" antara alat pengangkutan yang terkenal di Bangkok, tetapi saya takut nak mencubanya.

Sungai Menam Chao Phraya masih digunakan sebagai alat perhubungan utama.
Saya dapati Bangkok ialah bandar yang sangat sibuk, di waktu-waktu puncak kesesakan jalan raya mengatasi ibu kota Kuala Lumpur. Tetapi, bandar ini bersih dan rakyatnya dari pengamatan saya, lebih tinggi kesedaran siviknya. Cuma saya mengalami sedikit kesukaran untuk mencari tempat makan yang menepati piawaian saya. Saya memang tak makan di hotel penginapan, setiap hari saya cuma makan roti dan beberapa makanan lain yang saya bawa dari Malaysia. Cuma bila suami lapang, dia membawa saya ke sebuah restoran Muslim (Melayu Siam), di tengah-tengah kota ini. Jumpa lagi.









No comments:

Post a Comment